Sup ayam dara ni mak saya masak masa saya dalam pantang dulu… Sedap.. ada org yang bukan dalam pantang pun join sama makan.. sayang tak ada gambarnya..

Bahan-bahannya:

  • 1/2 ekor ayam dara
  • 1 biji loak merah- potong baji
  • 3 ulas bawang putih – potong dua
  • 1 inci halia – hiris halus
  • 1 inci lengkuas – hiris kasar
  • 3 ulas bawang merah – mayang
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 2 sudu rempah kari / ketumbar
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasaknya

  • Tumis bawang dan rempah-rempah sehingga naik bau. Gunakan sedikit sahaja minyak.
  • Tambah 3 cawan air.
  • Masukkan ayam dan lobak merah yang telah dipotong-potong.
  • Didihkan 30-45 minit dengan api sederhana.