Roti Telur Manis

Bahan-bahannya :

  • 4 keping roti – potong empat
  • 1/2 cawan susu ibu/ susu segar/ susu formula yang telah dibancuh
  • 1 1/2 sudu gula perang/putih
  • 1 biji telur
  • sedikit serbuk kayu manis (jika suka)
  • minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :

  • Pukul telur sehingga kembang.
  • Masukkan susu, gula dan serbuk kayu manis.
  • Panaskan sedikit minyak. Jika suka boleh campurkan sedikit minyak dan sedikit butter.
  • Celupkan roti dalam adunan telur/susu.
  • Goreng kedua-dua belah sehingga warna keperangan.
  • Hidangkan.

* Gula boleh dikurangkan tetapi hidangkan bersama madu (bayi setahun ke atas) atau applesauce.