Bahan-bahannya:

  • 4 keping roti
  • 4 batang sosej – yang telah direbus/dibakar/digoreng
  • 2 keping keju cheddar
  • 1 biji telur

Cara Membuatnya :

  • Lenyekkan roti sehingga nipis. Boleh gunakan gelas jika tiada pelenyek.
  • Bentangkan roti, lapiskan dengan 1/2 keping keju dan 1 batang sosej.
  • Gulungkan dan ‘gam’kan dengan telur.
  • Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana sehingga berwarna keperangan. Angkat dan toskan.
  • Potong menyerong menipis roti tadi untuk mengelakkan bayi tercekik.
  • Hidangkan bersama sos dan mayonis.