Bubur Nasi Dal Berempah

Bahan-bahannya :

  • 1/2 cawan nasi
  • 1/2 cawan dal yang telah direndam semalaman
  • 4 cawan air
  • 4 batang kacang buncis – potong kecil
  • 1/2 batang lobak merah – potong kecil
  • 1 dada ayam / 4 oz daging – dipotong kecil
  • 1 sudu rempah kari
  • 1/2 inci halia – diketuk
  • 1ulas bawang putih – diketuk

Cara Memasaknya :

Masukkan semua bahan kecuali kacang buncis di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.

5-7 minit sebelum tutup api, masukkan kacang buncis.

Hidangkan selepas sejuk.