Bahan-bahannya :

  • 1/2 bungkus bihun yang telah direndam
  • 250 gm daging dipotong kecil
  • 3 helai daun kobis panjang – potong kecil
  • 2 biji kentang – potong dadu besar
  • 1 biji lobak merah – potong dadu besar
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • minyak untuk menumis
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 8 cawan air.

Cara membuatnya :

Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan dengan sedikit minyak.

Masukkan air. Selepas air mendidih, masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tunggu sehingga empuk.

Masukkan bihun dan kobis panjang.

Perisakan dengan garam dan lada hitam.

Tutup api selepas bihun masak.

Untuk bayi, kisarkan setengah daripada hidangan bihun dan campurkan bersama setengah lagi sebelum dihidangkan.