• Biskut Tiger Susu Cicah Yogurt
    * 10 bulan ke atas – hati-hati untuk bayi yang alergik dengan susu lembu/gandum
    * Untuk kanak-kanak dua tahun ke bawah, jangan gunakan yogurt rendah lemak.
    * Saya suka gunakan yogurt strawberi nestle – creamy.
    Biskut Yogurt
  • Cucur Ikan Bilis Bersama Kuah Kari
    * Umur setahun ke atas
    *Ikan bilis hendaklah ditumbuk halus. Campurkannya dengan tepung, sedikit garam dan air.
    * Air boleh gunakan air panas, setengah bahagian, dan air sejuk setengah bahagian lagi untuk mendapatkan cucur yang lembut.
  • Lempeng Pisang Bersiram Madu
    * setahun ke atas
    * Pisang dilenyek dan dicampurkan bersama sedikit tepung.
    * Lebih masak pisang, lebih manis/lebih sedap.
    * Goreng dengan sedikit mentega/marjerin/minyak.
    * Bayi berusia 8 bulan ke atas juga boleh makan tetapi ketepikan madu.
  • Sandwich Telur, Tomato dan Mayonis
    * setahun ke atas
    * Cincang halus 1 biji tomato dan lenyekkan 1 telur yang telah direbus keras.
    * Campurkan bersama 1 1/2 sudu mayonis dan sedikit lada hitam.
    EggSandwich
  • Biskut Jejari Cicah Puri Labu
    * 8 bulan ke atas
    * Campur puri labu bersama susu dan kisar sehingga berkrim.
    * Jadikan puri cair ini sebagai cicah biskut.
    * Boleh gunakan biskut jejari baby atau biskut lemak kurang garam.
  • Bijirin dan Yogurt
    *Yogurt dengan perasa pilihan dicampurkan bijrin pilihan.
    * Boleh gunakan cornflakes, coco crunch, nestum dan lain-lain.
    * Campurkan buah-buahan bersama dengan bijirin ini untuk menambahkan khasiat sarapan.