kastadlabu

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan puri labu
  • 3 cawan susu segar / formula yang telah dibancuh
  • 4 biji telur – gunakan kuning sahaja untuk bayi bawah setahun
  • 1/2 cawan gula perang – kurangkan/ketepikan gula bagi bayi bawah setahun
  • secubit garam
  • 1/4 inci halia
  • Serbuk kayu manis

Panaskan oven. 200C. Campurkan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisar sehingga kembang/sebati. Masukkan ke dalam tin pembakar. Bakar 35 minit atau sehingga masak.

Kastad ini juga boleh dijadikan inti sandwich biskut lemak. Seperti di bawah.

biskut inti kastad labu