Pagi-pagi ni buat sarapan cekodok best gak. Cicah dengan kari ikan malam tadi. Yummy! Tak cukup. 😛 Buktinya tengok tangan kecik yang nak mencapai tu..

Cekodok Kari

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 labu bawang besar saiz besar – potong memanjang
  • segenggam ikan bilis – tumbuk kasar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan air kosong – agak2, jangan cair sangat.

Tepung digaulkan bersama bawang. Bancuhkan air panas dengan garam dan masukkan ke dalam tepung. Gaul sebati. Masukkan pula air kosong/air paip/ air bertapis.

Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana sehingga warna keemasan.