Dal yang babah beli banyak lagi. Nampaknya minggu ni je dah 2 kali masak dal untuk Iman. Tak pe la, janji Iman suka. Satu mangkuk besar habis. Ummipun suka sebab dal sumber protein yg bagus.

Bubur Dal Cauliflower

Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan beras
  • 1/4 cawan dal yang telah direndam semalaman
  • Setengah cawan kobis bunga (cauliflower) yang telah dipotong kecil
  • 2 genggam ikan bilis
  • 1/2 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa (bayi atas setahun)

Masukkan kesemua bahan (kecuali kobis bunga) ke dalam periuk. Masak dengan api kecil, kacau sekali-sekala untuk mengelakkan kerak. Letakkan garam secukup rasa (bagi bayi setahun ke atas). Masukkan kobis bunga 5-7 minit sebelum tutup api.

Sebelum hidangkan, keluarkan ikan bilis dan secawan bubur. Kisar halus dan campurkan semula ke dalam bubur tadi dan kacau rata.

Hidangkan selepas sejuk.

Sesuai untuk 8 bulan ke atas.