buburayamcarrotcelery.jpg

Bahan-bahannya

  • Setengah cawan beras
  • Setengah batang lobak merah – potong kecil
  • Satu tangkai celery
  • Sekeping dada ayam – dipotong kecil.
  • 4 cawan air
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih

Masukkan kesemua bahan kecuali celery ke dalam periuk. Masak dengan api kecil dan kacau sekali-sekala. 3 minit sebelum tutup api, masukkan celery dan besarkan api. Boleh dihidangkan selepas sejuk. Boleh juga dikisar.