Manjakani ni sekali tengok macam periuk api. Macam bulan pun ada.. Rasanya.. aduhhh pahit. Tapi elok sebagai penyembuh luka terutamanya luka2 dalam. Manjakani juga orang panggil herba cinta. Sebab fungsinya merapatkan alat sulit wanita.

Masa dalam pantang biasanya manjakani direbus lama-lama dengan air dan dibuang bijinya. Lepas tu dikepal-kepal isinya dan masukkan dalam ketulan nasi. Telan cepat-cepat. Boleh juga masukkan dalam kapsul ubat. Airnya sekali teguk je, minum. Minum laju-laju, itu petuanya kalau nak bagi habis. Untuk sapuan pada luka bersalin pula, manjakani kering diasah dan serbuknya disapu pada luka bersalin. Tapi pastikan manjakani dan alatan yang digunakan bersih, nanti ada jangkitan pula.

Untuk khasiat-khasiat lain sila baca di sini.

manjakani