Kurma cina yang kering berwarna merah pekat. Sifatnya panas dan neutral. Untuk merebusnya, gunakan air yang banyak dan direbus selama 10 minit. Airnya manis dan buah yang telah direbus enak dikunyah. Kurma cina kering boleh dibeli di mana2 pasaraya atau kedai ubat cina.

Perubatan cina banyak menggunakan kurma cina bersama herba-herba lain untuk ‘menaikkan’ dan mengharmonikan fungsi herba-herba tersebut. Selain itu ia juga boleh melancarkan perjalanan darah dan memulihkan tenaga. Air kurma cina juga dipercayai bagus untuk mengecutkan peranakan/rahim.

Selain daripada direbus hanya dengan air, kurma cina juga boleh direbus bersama halia atau dicampurkan bersama sop ayam atau daging.

Kurma Cina Air Kurma Cina

Lagi mengenai kurma cina: