Makanan ini sesuai untuk bayi yang telah pandai memegang makanannya (8 bulan ke atas). Jadikannya sebagai ‘finger food’.

Bahan-bahannya:

  • 2 keping dada ayam tanpa tulang – potong sebesar jari kelingking
  • 5 sudu tepung jagung
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

  • Panaskan minyak.
  • Gaul ayam yang telah dipotong dengan garam dan serbuk lada hitam.
  • Salut dengan tepung jagung.
  • Masukkan ke dalam minyak setelah minyak betul-betul panas.
  • Goreng sehingga keemasan.
  • Hidangkan bersama sos kegemaran.