Nak share resipi apa yg anak saya makan kelmarin.. dia ni makan memilih sket. tp yg ni dia suka, bertambah2 pastanya. Esoknya makan dgn roti pun dia suka. Tak tahu namanya… tapi ala2 bolognese la kot… Boleh utk budak umur 10 bulan ke atas..

Daging lembu boleh ganti dgn daging ayam.

Bahan-bahannya…

  • Daging lembu – 200g
  • Batang Celery – 2 batang
  • Carrot – 1 biji (er carrot ada biji ke?)
  • Black Pepper – sesudu kecil – tumbuk
  • Bawang Besar – 1 labu
  • Bawang Putih – 2 ulas – cincang halus
  • Halia 1/2 inci – cincang halus.
  • Tomato – 2 biji
  • Keju Cheddar – sekeping
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak.

Dan cara membuatnya…

  • Potong kiub kecil daging lembu. Lepas tu kisar kalau anak anda belum setahun setengah. Boleh kisar sekali dgn halia.
  • Potong kiub jugak semua sayur – celery, tomato, carrot, bwg besar.
  • Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan carrot, daging. Kacau-kacau-kacau sampai kering.
  • Masukkan tomato dan celery. Tunggu sampai tomato hancur.
  • Sebelum tutup api, masukkan lada hitam dan garam.
  • Masukkan keju cheddar dan gaulkan.
  • Makan dgn pasta, roti, nasi, mee
  • Selebihnya simpan dlm peti ais/freezer.
  • Jika makan bersama pasta, tambahkan secawan stok daging/ayam/sayur semasa memasaknya.