oatpastaaym3-2.jpg

Umur : 8 bulan ke atas

  • Setengah cawan pasta pilihan
  • Seketul dada ayam tanpa tulang- potong kecil
  • Secawan stok ayam buatan sendiri
  • 1 cawan air
  • 2 tangkai bayam – potong kecil
  • Seulas bawang putih cincang halus
  • 2 sudu oat (rolled oat)
  • Sedikit garam (setahun ke atas)

Cara memasaknya….

  • Masukkan stok ayam bersama bawang putih dan dada ayam di dalam periuk. Masak dengan api sederhana selama 10 minit.
  • Masukkan pasta dan oat. Masak selama 8 minit.
  • Masukkan bayam dan besarkan api.
  • Tunggu sejuk dan hidangkan.