Dapat feedback dari exabytes. Harap2 dia org ada backup database. Tapi dia org tak janji. Huaaa… jgn la dia org dah delete backup dia org, pleaseeeeeee.. Ya Allah help meee…..

Sedihnye.. hajat hati nak buat spring cleaning utk hosting. Nampaknya betul2 clean! Gue terdelete database. Huuuuuuuuuuuuu sedihnye.. Backup ada… tapi 26/4. Dah la dalam seminggu nih forum sangat aktif. Hm.. alhamdulillah dapat restore yang lama. Tapi masih sedih, sebab banyak posting dalam forum dan kene setup balik template dan module. Argh.. malasnya.. Ya Allah bagilah aku kekuatan..

Malam semalam cik abg telefon. Yeahooo sekurang2nya ada berita gembira… Khamis ni cik abg nak balik cuti.. Tak pe lah, pujuk diri.. walaupun 9 hari je😦 sekurang2nya budak2 ni dapat jumpa babahnya… Doa Iman dan Ummi (adik lum pandai) terjawab.. iman lately rindu sangat dengan babahnya…

Sup ayam dara ni mak saya masak masa saya dalam pantang dulu… Sedap.. ada org yang bukan dalam pantang pun join sama makan.. sayang tak ada gambarnya..

Bahan-bahannya:

  • 1/2 ekor ayam dara
  • 1 biji loak merah- potong baji
  • 3 ulas bawang putih – potong dua
  • 1 inci halia – hiris halus
  • 1 inci lengkuas – hiris kasar
  • 3 ulas bawang merah – mayang
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 2 sudu rempah kari / ketumbar
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasaknya

  • Tumis bawang dan rempah-rempah sehingga naik bau. Gunakan sedikit sahaja minyak.
  • Tambah 3 cawan air.
  • Masukkan ayam dan lobak merah yang telah dipotong-potong.
  • Didihkan 30-45 minit dengan api sederhana.

Sup ayam dara ni mak saya masak masa saya dalam pantang dulu… Sedap.. ada org yang bukan dalam pantang pun join sama makan.. sayang tak ada gambarnya..

Bahan-bahannya:

  • 1/2 ekor ayam dara
  • 1 biji loak merah- potong baji
  • 3 ulas bawang putih – potong dua
  • 1 inci halia – hiris halus
  • 1 inci lengkuas – hiris kasar
  • 3 ulas bawang merah – mayang
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 2 sudu rempah kari / ketumbar
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasaknya

  • Tumis bawang dan rempah-rempah sehingga naik bau. Gunakan sedikit sahaja minyak.
  • Tambah 3 cawan air.
  • Masukkan ayam dan lobak merah yang telah dipotong-potong.
  • Didihkan 30-45 minit dengan api sederhana.

Bahan-bahannya :

  • 1/2 bungkus bihun yang telah direndam
  • 250 gm daging dipotong kecil
  • 3 helai daun kobis panjang – potong kecil
  • 2 biji kentang – potong dadu besar
  • 1 biji lobak merah – potong dadu besar
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • minyak untuk menumis
  • garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • 8 cawan air.

Cara membuatnya :

Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan dengan sedikit minyak.

Masukkan air. Selepas air mendidih, masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tunggu sehingga empuk.

Masukkan bihun dan kobis panjang.

Perisakan dengan garam dan lada hitam.

Tutup api selepas bihun masak.

Untuk bayi, kisarkan setengah daripada hidangan bihun dan campurkan bersama setengah lagi sebelum dihidangkan.

Berkongsi resipi untuk anak-anak. Biar mereka makan makanan yang berkhasiat, bikinan tangan ibu dari hati. Bacalah Bismillah dan selawat sambil berdoa supaya anak jadi anak soleh-solehah semasa memasak. InshaAllah berkat. Masak sendiri ni jimat pun jimat belanja, lebih berkhasiat, lebih bersih. Hm.. byk kelebihannya kalau nak disenaraikan kat sini..

Komen Terbaru