You are currently browsing the category archive for the ‘Ibu Menyusu’ category.

Bahan-bahannya:

  • 4 keping roti
  • 4 batang sosej – yang telah direbus/dibakar/digoreng
  • 2 keping keju cheddar
  • 1 biji telur

Cara Membuatnya :

  • Lenyekkan roti sehingga nipis. Boleh gunakan gelas jika tiada pelenyek.
  • Bentangkan roti, lapiskan dengan 1/2 keping keju dan 1 batang sosej.
  • Gulungkan dan ‘gam’kan dengan telur.
  • Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana sehingga berwarna keperangan. Angkat dan toskan.
  • Potong menyerong menipis roti tadi untuk mengelakkan bayi tercekik.
  • Hidangkan bersama sos dan mayonis.

Roti Telur Manis

Bahan-bahannya :

  • 4 keping roti – potong empat
  • 1/2 cawan susu ibu/ susu segar/ susu formula yang telah dibancuh
  • 1 1/2 sudu gula perang/putih
  • 1 biji telur
  • sedikit serbuk kayu manis (jika suka)
  • minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :

  • Pukul telur sehingga kembang.
  • Masukkan susu, gula dan serbuk kayu manis.
  • Panaskan sedikit minyak. Jika suka boleh campurkan sedikit minyak dan sedikit butter.
  • Celupkan roti dalam adunan telur/susu.
  • Goreng kedua-dua belah sehingga warna keperangan.
  • Hidangkan.

* Gula boleh dikurangkan tetapi hidangkan bersama madu (bayi setahun ke atas) atau applesauce.

Mengikut kajian, ibu yang berhenti menyusukan bayi mereka terlalu awal akan meningkatkan risiko bayi mereka mendapat sakit jantung dan kencing manis setelah mereka besar nanti.

Pengkaji di Dundee’s Ninewells Hospital juga mengatakan bayi yang diperkenalkan dengan makanan pejal terlalu awal menunjukkan tanda-tanda serangan jantung pada usia remaja lagi.

http://news.bbc.co.uk/1/hi/scotland/1141261.stm

Tak sangka boleh dapat tengok breastfeeding wear zaman-zaman dulu…

Korset Lagi Korset

   

http://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Breastfeeding_wear

Jumpa gambar breastfeeding di wikimedia.

Tengok, walaupun di atas kuda sekalipun, dalam perjalanan, sempat ibu menunaikan hak anaknya. Tapi kalau kita cover-cover la sikit, ye tak?

Jean-Baptiste Debret (1768-1848) - A family of Native Americans.

Berkongsi resipi untuk anak-anak. Biar mereka makan makanan yang berkhasiat, bikinan tangan ibu dari hati. Bacalah Bismillah dan selawat sambil berdoa supaya anak jadi anak soleh-solehah semasa memasak. InshaAllah berkat. Masak sendiri ni jimat pun jimat belanja, lebih berkhasiat, lebih bersih. Hm.. byk kelebihannya kalau nak disenaraikan kat sini..

Komen Terbaru

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.