Sebaik-baik makanan pejal pertama untuk bayi adalah bijirin daripada beras. Beras merupakan bijirin yang kurang kesan alergi berbanding bijirin2 lain.

Dan sebaik-baik beras pula adalah beras perang kerana ia kurang diproses dan mempunyai lebih banyak khasiat berbanding beras putih.

Untuk memasak bijirin beras pertama untuk bayi anda, anda memerlukan hanyalah…

  • 3 sudu beras perang atau beras putih
  • 1 cawan air untuk beras perang dan 1/2 cawan air untuk beras putih

Dan cara memasaknya juga mudah.

  • Kisar dahulu beras tersebut.
  • Bancuhkan ke dalam air.
  • Masukkan ke dalam periuk.
  • Gunakan api yang sangat kecil untuk memasaknya.
  • Masak sehingga bubur likat.
  • Biarkan sejuk.
  • Sebelum memberi bayi anda makan, cairkan dahulu dgn susu ibu atau susu formula.